Selasa, 16 November 2010

MAKAN NAK SEDAP SAJA?


anatomi
Islam mengajar cara berhadapan dengan makanan.
1.Tujuan kita makan untuk
  • memberi kesihatan
  • dan tenaga
Agar dapat melakukan ibadat dan amal kebajikkan dengan selesa.
2.Islam yang diajar kepada kita melalui wahyu dan Nabi Mohammaed telah menerangkan
  • Makanlah benda-benda yang baik serta dihalalkan samada berkaitan dengan sumber mendapatkanya dan juga kaedah pemprosesanya.
  • Hanya perlu makan bila kita terasa lapar dan amat baik berhenti bila saya kita sudah merasakan mulai kenyang.
  • Ketika makan perlulah mempunyai adap dan sopan santun terhadapnya.
3.Ilmu pengetahuan yang datang dari Allah yang dicapai oleh manusia terbukti menerangkan
  • Makanan mengandungi serbamacam nutrien yang berfungsi untuk membekalkan tenaga untuk melaksanakan semua kerja elektrikal saraf,mekanikal otot, pengekalan haba badan selain dari menyempurnakan keseimbangan dan serba tindakan kimia tubuh badan.
  • Kekurangan dan berlebihan pengambilannya akan mendatangkan keburukan untuk kesihatan tubuh.Pengambilan makanan harus mengikut sajian seimbang yang diukur melalui cukup kumpulan makananya dan nisbah kuantiti yang diperlukan sahaja oleh setiap individu setiap hari.
  • Makanan yang tercemar dan tidak diambil perhatian mengenai kebersihanya serta kesilapan dalam memprosesnya boleh mendatangkan bahaya.Setengah pencemaran menyebabkan kesan mutasi kepada sel dan punca kepada penyakit kanser.
4.AWAS
  • makanan adalah keperluan tetapi boleh merosakan tubuh badan dan Amalan.
  • Ia boleh merugikan didunia dan di akhirat jika tidak berhati-hati di jalan raya hehe.
KENAPA ARAK DIHARAMKAN ..?
Arak adalah sejenis minuman kegemaran Arab jahiliyah malahan sesudah kedatangan Islam pun para sahabat Rasulullah masih lagi meminumnya kerana ketika itu larangan meminumnya belum lagi berkuatkuasa.  Arak di jadikan sebagai minuman utama dalam sesuatu majlis serta di terima sebagai suatu adat kebiasaan dalam kehidupan.  Rasulullah sendiri telah menyedari akan kemudaratan akibat mminum arak, kerana ia boleh menghilangkan pertimbangan akal yang baik serta membuat peminumnya tanpa segan silu untuk melakukan perbuatan mungkar dan maksiat terhadap Allah.  Dalam satu kejadian seorang sahabat Rasulullah bernama Abdul Rahman b. Auf telah mengadakan keramaian di rumahnya dan di antara tertamu termasuklah saiydina Ali r.a.
Semua tetamunya di hidangkan dengan arak dan akibatnya mereka telah menjadi mabuk dan apabila masuk waktu Maghrib, Saiyidina Ali mengimani solat mereka semua dengan membaca sepotong ayat dari surah Al Kaafirun.  Beliau telah mengubah maksud ayat itu menjadi "Aku sembah seperti apa yang kamu sembah ,wahai orang-orang kafir.  Dalam peristiwa yang lain seorang lelaki Ansar bernama Utban b. Malik telah mengadakan jamuan di rumahnya dan tertamunya termasuklah seorang Muhajirin iaitu Saad b.Abi Waqas.  Dalam majils ini mereka telah di hidangkan dengan arak maka mereka pun menjadi mabuk.  Dalam keadaan mabuk lalu bangun Saad b.Abi Waqas untuk bersyair memuji kaumnya yang gagah berani sambil menghina dan mencaci kaum Ansar yang di katakannya sebagai penakut
Mendengar cacian ini seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah.  Selepas kejadian ini wahyu pun di turunkan iaitu pada surah Al maaidah maksudnya, "Sesungguhnya syaitan mahu menimbulkan permusuhan dan perasaan saling benci-membenci di antara kamu dengan sebab meminum arak dan permainan judi serta memalingkan kamu dari terus mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang, maka mahukan  kamu berhenti dari melakukan perbuatan yang keji dan kotor itu.?" Semenjak  persitiwa itu arak telah di haramkan secara muktamad oleh Allah sehingga kini.

KEHEBATAN AL-QURAN



Para pemimpin kafir Quraisy mahupun orang bawahannya telah menyedari, punca utama orang ramai memasuki serta tertarik kepada Islam setelah mereka mendengar bacaan al-Quran.  Oleh itu mereka berusaha menghalang orang ramai dari mendengarkannya.  Secara diam-diam, dalam fikiran orang-orang kafir Quraisy sendiri tertanya-tanya, "Apakah yang menyebabkan al-Quran itu hebat?.  Perasaan ingin tahu memberontak dalam jiwa mereka.  Atas desakan inilah maka terjadinya peristiwa yang melucukan.  Pada suatu malam yang sunyi sepi dan gelap gelita, kelihatan tiga bayang-bayang hitam sedang menuju kerumah Muhammad.
Mereka itu ialah Abu Jahal, Abu Sufian dan Al Akhnas B. Syarik.  Ketiga-tiganya adalah pemimpin kaum kafir Quraisy.  Tujuannya hanya untuk mendengar alunan suara bacaan al-Quran oleh Muhammad.  Mereka menyangkakan tiada siapa yang tahu akan perbuatan itu dan mereka sendiri tahu perbuatan ini adalah menyalahi etika mereka sendiri.  Setelah masing-masing merasa puas mendengar bacaan oleh Muhammad, mereka pun beredar.  Dengan takdir Allah Ta'ala ketiga-tiga pemimpin ini bertemu di suatu persimpangan dan masing-masing tercengang kehairanan.
Apakah yang telah dilakukan oleh sahabat mereka dalam kegelapan malam yang sebegini?.  Setelah dapat menyelami perasaan sesama sendiri, mereka pun tertawa dan menyesali perbuatan sendiri.  Mereka pun berjanji, apa yang terjadi sebentar tadi tidak akan diulangi lagi.  Janji tinggal janji, malam kedua dan ketiga hingga seterusnya mereka tetap mengulangi secara diam-diam.  Begitulah sikap orang-orang kafir dari dulu hingga kesaat ini, hati mereka mengahkui akan kebenaran Islam tetapi sikap sombong serta angkuh telah mengatasi segalanya.

MANUSIA AKHIR ZAMAN



Rasulullah s.a.w. bersabda, "Pada akhir zaman kelak akan muncul satu golongan yang berwajah manusia tetapi berhati syaitan.  Mereka ini seperti binatang buas, naluri mereka sedikit pun tidak menyimpan perasaan belas kasihan.  Mereka suka mengerjakan perbuatan yang mungkar dan keji serta menumpahkan darah.  Kalau kamu mendekati mereka, akan dijadikannya kamu sebagai sahabat mereka.  Jika kamu menjauhi mereka, maka kamu akan dicelanya dan jika kamu memberi kepercayaan kepada mereka, sudah pasti mereka akan mengkhianati perjanjian itu".
"Hukum dikalangan mereka adalah sesuatu yang bida'ah sedang bida'ah dikalangan mereka pula adalah suatu sunnah dan pada ketika itu orang akan menganggap sunnahku adalah sesuatu yang lapuk dan mereka segera memperbaharuinya.  Sesiapa yang mengamalkan dengan sunnahku di waktu itu ia akan dipulaukan dan sesiapa yang mengikut bida'ah ia akan mendapat ramai kawan".  Para sahabat bertanya, "Apakah mereka ini melihatmu dan adakah diturunkan wahyu kepada mereka?".  Jawab Nabi, "Tidak". "Bagaimana keadaan mereka?" Tanya sahabat lagi, jawab Nabi, "Seperti ulat dalam cuka".

HATINYA SENTIASA MERINDUI RASULLAH

Ada seorang hamba sahaya yang bernama Tsauban dan dia terlalu amat menyayangi dan mencintai Rasulullah.  Setiap waktu yang berlalu jika boleh ia mahu bersama Rasulullah, jika tidak bersama Rasulullah dia akan merasa sedih, murung dan adakalanya dia akan menangis.  Demikian juga dengan Rasulullah yang amat sayang sekali kepadanya kerana imannya yang tidak berbelah bagi kepada baginda.  Suatu hari ia telah datang mengadu pada Rasulullah dalam keadaan sayu katanya “ wahai Rasulullah ! Aku sebenarnya tidak sakit, tetapi hatiku merasa sedih sekali jika tidak dapat bertemu denganmu dan bila dah bertemu hatiku merasa amat gembira sekali” .

“Bila mengingatkan akhirat hatiku bertambah cemas lagi kerana memikirkan kalau-kalau aku tidak dapat berjumpa denganmu buat selama-lamanya.  Ini kerana kedudukanmu yang tinggi di sisi Allah s.w.t. serta disamping sekalian para nabi-nabi.  Manakala aku sekiranya ditakdirkan masuk syurga sekalipun, pastinya tempat aku adalah di tempat yang paling bawah sekali, dan bagaimana pula nasibku jika tidak dimasukkan ke Syurga langsung, sudah tentu aku tidak akan dapat bertemu dengamu”. 

Rasulullah mendengar ratapan dan rintihan Tsauban dengan penuh perasaan sayu tetapi baginda sendiri tidak dapat berbuat apa-apa kerana soal akhirat adalah urusan Allah.  Setelah itu turunlah wahyu kepada Rasulullah antara maksudnya, “Barang siapa yang taat kepada Allah serta RasulNya maka mereka itu nanti akan berserta dengan orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah iaitu berserta dengan para nabi, orang yang mati syahid, orang yang soleh dan orang yang sebaik-baik teman.”  Mendengarkan sahyu ini Tsauban menjadi gembira semula.

Kebesaran Ayat Kursi

Ayat kursi diturunkan pada suatu malam selapas hijrah.  Ketika diturunkan ianya telah di iringi oleh beribu para malaikat, ini kerana kebesarannya dan kemuliaannya.  Iblis dan syaitan telah menjadi gempar kerana adanya alamat yang bakal menjadi perintang kepada perjuangan mereka.  Serentak dengan penurunan ini Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan Zaid b. Tsabit menulis dan menghebahkannya. 

Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan penuh khusuknya setap kali lepas solat, setiap waktu pagi mahu pun petang, setiap kali bila hendak tidur, setiap kali bila hendak keluar bermusafir, setiap kali bila nak masuk pasar dan setiap kali bila mahu melakukan apa-apa kerja sekali pun InsyaAllah, Allah akan mengamankan kita dari segala godaan iblis mahupun syaitan serta kuncu-kuncunya.  Dapat menolak kejahatan manusia dan menghindari dari kebuasan binatang yang membahayakan, akan terpelihara dirinya serta keluarganya dan hartanya bendanya dengan kehendak Allah s.w.t. 

Mengikut huraian dari kitab Asrarul Mufiidah, bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya sebanyak 18 kali sehari, maka Allah akan menghidupkan hatinya dengan jiwa Tauhid, dibukakan pintu hatinya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan pengaruh kepadanya sehingga semua orang akan menghormatinya serta akan di perlihara oleh Allah setiap masa dari segala malapetaka dan bahaya.

Wasiat Saiyidina Umar Al-Khattab

INI ADALAH PETIKAN DARI WASIAT SAIYIDINA UMAR AL KHATTAB KEPADA KETUA TENTERANYA IAITU SAAD BIN ABI WAQAS KETIKA BELIAU MENGUTUSKANNYA UNTUK PEMBUKAAN PARSI

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad....! dan juga mereka-mereka yang bersamamu supaya bertakwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertakwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam perperangan.  Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersamamu supaya lebih menjauhi dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam adalah lebih aku takuti dari mush-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh, jika bukan kerana hal ini... nescaya tidak ada bagi orang-orang Islam akan kekuatan.  Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak musuh adalah terlalu kecil sekali... begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh.. tidaklah sekuat mereka.  Maka jika sama amalan serta tingkah laku kita dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.....

Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah keatas musuh-musuh ini... sudah pasti kita tidak akan dapat menandingi kehebatan mereka.  Ketahuilah...! bersama kamu sekalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan para malaikat ini telah mewakili dari pihak kerajaan Allah untuk menjaga kamu supaya merasa selamat.  Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu merasa malu terhadap apa yang kamu ingin lakukan dan janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan dapat menguasai keatas kita sekalipun kita turut sama melakukan kejahatan."

Ucapan yang sedemikian boleh jadi akan terbalik kepada kita maka akan datang satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang telah berlaku kepada kaum Bani Israel yang mana akhirnya mereka telah dikuasi oleh orang-orang kafir Majusi (penyembah api).  Sentiasalah kamu memohon pertolongan kepada Allah untuk menghilangkan penyakit yang ada didalam diri kamu itu sebagaimana kamu memohon pertolongan Allah bagi mengalahkan mush-musuh kamu.  Berdoalah untuk diri kamu dan tidak lupa juga buat diri kami.....

Akhlak Muslim

Sifat-Sifat Terpuji

i.    Bertaubat etriya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana
      ingin membesarkan Allah s.w.t.  Orang yang bertaubat mersit memenuhi syarat-syarat yang berikut
      sebagai bukti kesungguhannya iaitu

  • Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya
  • SunguhSungguh menyesal diatas perbuatannya yang salah itu atau yang telah terlanjur.
  • Berazam dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi keterlanjurannya lagi
ii.    Khauf ertinya takutkan Allah.  Takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan
       perkara-perkara yang ditegah.

iii    Zuhud ertinya bersih dan suci hati dari berkehendakan lebih dari keperluannya serta tidak pula bergantung
       kepada makhluk lain.  Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah
       dari Allah buat sementara waktu sahaja.

iv    Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan dari
       Allah.

v    Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehninya baik yang lahir mahupun yang batin
      semuanya dalah dari Allah.  Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggugjawab kepada
      Allah dengan melaksanakan segala suruhanNya.

vi    Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaat serta semua perbuatan yang dilakukan
       itu semata-mata kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

vii    Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

viii    Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat
        kepada Allah serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.

ix    Reda dengan Qada & Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasih yang telah
      ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat ataupun musibah

x    Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.

Sifat-Sifat Tercela

i.   Syarhul Tha'am ertinya gemar kepada makan ataupun makan dengan terlalu banyak.

ii.    Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak memberi hasil atau
       mendatangkan sebarang faedah kepada dunia dan juga akhirat.

iii    Ghadhob ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku hanya kepada
       perkara yang kecil

iv    Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan
       meleibihi dari dirinya.

v    Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

vi.    Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakan kepada
        kemasyhuran.

vii    Hubbun Dunya ertinya cintakan kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari mengerjakan ibadat
       dan berzikir kepada Allah.

viii    Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan serta kedudukan yang
        tinggi dari orang lain.

ix    Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak harta sehingga terlupa segalanya adalah nikmat yang
       datangnya dari Allah.

x    Riya' ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya.  Ia beramal untuk mendapatkan pujian dan
      sanjungan dari manusia bukan dari Allah. 

Rukun Iman

        Beriman Kepada Allah
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya.  Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
  Beriman kepada Malaikat-Malaikat
Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.  Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan Allah
  Beriman Kepada Kitab-Kitab
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL-QURAN.
  Beriman Kepada Nabi dan Rasul
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
  Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan Iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka
 Beriman Kepada Qada dan Qadar
Dengan Beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasanNya
 

Rukun Islam

        Mengucap Dua Kalimat Syahada
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammd itu adalah pesuruhNya” Dengan Syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.
  
  Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.  Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi s.a.w.

  Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya
.
  Berpuasa di Bulan Ramadhan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangaNya.  Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan sreta meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup