Beriman Kepada Allah Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t. Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan Allah Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL-QURAN. Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w. Dengan Iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka Beriman Kepada Qada dan Qadar Dengan Beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasanNya |
Selasa, 16 November 2010
Rukun Iman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan